Uncategorized

Pembangunan Modal Insan Siri 1

Dewasa ini, kita kerap mendengar perbahasan berkenaan pembangunan modal insan samada di persada kerajaan, dalam negeri ataupun antarabangsa. Tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan modal insan adalah antara perkara utama yang ditekankan oleh Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya:

_Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj, 41)_

Ulama’ mentafsirkan “mendirikan sembahyang” sebagai pembangunan modal insan kerana ia selaras dengan firman Allah s.w.t:

_Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar (Surah Al Ankabut, 45)_

Dari kedua-dua ayat ini, kita jelas dua perkara. Perkara pertama yang dapat kita fahami adalah pembangunan samada dari segi negara atapun tamadun yang dibawa oleh Islam amat berbeza dari konsep yang ceduk dari barat. Perkara kedua yang dapat kita garap adalah keutamaan pembangunan. Dari segi kepimpinan, samada kepimpinan sebuah organisasi, syarikat, mahupun negara, perkara yang harus menjadi keutamaan adalah pembangunan modal Insan diikuti pembangunan ekonomi dan akhirnya pembangunan infrastruktur.

Justeru itu, menjadi kemestian untuk kita bezakan dan fahami kedua-dua perspektif Islam dan barat agar landasan pembentukan modal insan menurut Islam dapat dibentuk menurut acuannya yang murni, tanpa campur aduk atau peniruan secara total daripada yang dibawa oleh barat.

Sebelum kita berbicara lanjut berkenaan pembangunan modal insan, seharusnya kita memahami maksud “pembangunan” itu sendiri.

Syed Hussein Al Attas mendefinisikan pembangunan sebagai “mengubah keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik”. Beliau menggariskan lima ciri pembangunan iaitu: (1)pembangunan harus mempunyai sifat insaniah, (2)pembangunan tersebut harus dilaksanakan oleh pemimpin yang jujur, (3)kefahaman dan kesedaran mengenai pembangunan harus wujud dalam kalangan masyarakat, (4)setiap usaha pembangunan mesti berdasarkan ilmu, (5)setiap pembangunan mesti mempunyai unsur estetika.

Dalam penulisan yang lain, Syed Hussein juga menambah bahawa pembangunan wajib mengelakkan cita bencana, iaitu cita kepada masyarakat yang dipengaruhi unsur-unsur tidak bermoral.

Ciri-ciri yang diulas beliau membawa sifat manusia yang berkehendak kepada perkara yang lebih baik, seperti makanan yang lebih baik, teknologi yang lebih pintar dan pelbagai lagi aspek kehidupan. Tidak dinafikan bahawa ciri-ciri yang dibentangkan oleh beliau mempunyai perkaitan dengan konsep pembangunan dalam Islam, namun, definisi pembangunan dalam Islam jauh lebih luas dan merangkumi sifat insaniah dengan lebih mendalam.

…bersambung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s