Uncategorized

Pembangunan Modal Insan Siri 2

Aturan acuan yang telah dibentuk oleh institusi dari barat menggunapakai Skala dan Indeks Pembangunan sebagai pengukur dan penanda aras kemajuan dan keutuhan ekonomi. Dalam erti kata lain, barat mengatur dan mengukur kemajuan dari segi kemajuan ekonomi dan keutuhan sistem ekonomi sesebuah negara. Kita lihat firma-firma, organisasi, seperti Institute for Development Management, World Bank, International Monetary Fund, World Economic Forum, mengkaji, menilai dan menganalisis kemajuan sesebuah negara berdasarkan pertumbuhan ekonominya.

Malah, kita juga sering terperangkap dalam pemikiran bahawa pertumbuhan ekonomi adalah kayu ukur bagi kemajuan dan pembangunan. Kita sering berucap dan berdebat berkenaan pembangunan modal insan, tetapi malangnya perdebatan tersebut terkongkong disebalik ukuran ekonomi. Sebagai contoh, kita berbicara pembangunan tenaga kerja, pembangunan usahawan dan penyediaan teknologi dengan ukuran sebagai input kepada persekitaran ekonomi, yang berakhir dengan matlamat utamanya untuk memacu perkembangan ekonomi.

Barat menyatakan konsep ini adalah “distribution of wealth” dan “optimized resource allocation”. Pokoknya, tenaga manusia atau modal insan hanyalah sumber untuk diagihkan demi meraih kekuatan ekonomi dipelbagai peringkat. Philippe Reis menulis “skala kemajuan yang dicapai oleh negara-negara tersebut (Barat) hanyalah khayalan, bukanlah keajaiban”. Dengan kekayaan ekonomi yang melimpah ruah, ketenangan jiwa, keikhlasan roh dan kegembiraan masih lagi khayalan.

Melihat kepada krisis-krisis ekonomi yang melanda barat kemudiannya berjangkit ke timur menjadi bukit bagaimana idea pembangunan acuan barat ini diimport secara besar-besaran dan dipaksakan kepada negara membangun dan dunia ketiga. Bahkan, bahana konsep ini turut dirasai dan ditanggung oleh negara-negara lain.

Sekiranya, kita beranggapan bahawa sistem pembangunan modal insan yang dimport daripada barat ini “altruistic”, maka mana mungkin kita melihat negara-negara di afrika masih dicengkam kemiskinan dan ketandusan makanan. Kesengsaraan penduduk di Afrika masih belum Berjaya diselesaikan walaupun kita sudah melangkah masukd dekad kedua abad ke-21.

Salah satu aspek pembangunan modal insan yang dikelirukan barat adalah perkaitan kemajuan fizikal dan kemajuan modal insan. Pembinaan bangunan yang tinggi, penumpuan terhadap sains dan teknologi yang melampau (melampaui dasar – “we ask ourselves if we can do it, but never if we should do it”) merupakan antara kayu ukur pembangunan. Seringkali kita terperangkap dengan menyamakan kekayaan dan kemajuan penduduk adalah seiring dan sama dengan kemajuan pembangunan infrastruktur yang hebat.

Sekiranya diamati, indeks kaya dan miskin diletakkan kepada kepunyaan material dan zahiriah sehingga mewujudkan ketidakseimbangan dan kekacauan kepada jiwa, yang akhirnya meruntuhkan pembangunan insan – walaupun pembangunan ekonomi dan infrastruktur terus rancak.

Kerana itu, Islam menggarap pembangunan modal Insan secara total dan sangat berbeza dari acuan barat. Islam melihat kepada perancang, pembina, penggerak dan pelaksana kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi. Perbezaannya halus, tapi amat besar. Barat melihat modal insan sebagai salah satu input pembangunan ekonomi. Manakala, Islam melihat modal insan sebagai pemangkin kepada ekonomi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s