Relevan Mustafa Kamal Attaturk

nMJfJXn

Selepas kekalahan yang teruk di dalam Perang Dunia Pertama apda tahun 1918, Kerajaan Empayar Turki Uthmaniyah berdepan dengan lanskap politik antarabangsa yang baru. Asakan dari negara-negara yang melihat kelemahan ini meruncing dan impak ini mula dirasai oleh rakyat Empayar Turki Uthmaniyah.

Rakyat mula menderita akibat dari tekanan perang negara-negara lain, ditambah pula dengan sekatan-sekatan ekonomi. Pada ketika inilah, bangkit seorang pemimpin menjanjikan perubahan:

“… we begin our work from the village and the neighborhood and from the people of the neighbourhood”

“a national and patriotic duty that we should make great efforts especially to attain the goal of a structuring from below upward.”

Mustafa Kamal Attaturk bangkit menjanjikan sebuah masa depan yang baru, yang inklusif, progressive dan patriotik. Beliau berjanji untuk membetulkan struktur dan melaksanakan reform keseluruhan. Ini adalah perkara-perkara yang ingin didengari oleh rakyat. Dalam keadaan kehidupan yang tertekan, rakyat melihat sebuah sinar harapan dan terus menggarap dan menggenggam visi tersebut.

Namun, kita sedar dan tahu apa yang berlaku selepas itu. Janji-janji reform dan “inclusivity” tersebut sememangnya dikotakan oleh Mustafa Kamal. Namun, beliau tidak pun berkata bahawa polisi beliau akan bersandarkan ideology Islam. Akhirnya, Turki menjadi negara sekular.

Territorial_changes_of_the_Ottoman_Empire_1920

Begitu juga pada hari ini, kita dimomokkan dengan laungan ubah, reform, progresif, inklusif. Rakyat terpersona dan mendambakan perubahan tersebut. Rakyat mengalami sindrom “scarcity” – dalam keadaan terdesak, pilihan alternatif dinilai dengan bias yang tinggi. Setiap dari laungan tersebut tidak dinilai dari segi dasarnya (samada di dasari dengan Islam) ataupun perinciannya.

Jangan kita jadi seperti orang kelemasan yang mencapai apa sahaja disekelilingnya, semata-mata untuk menyelamatkan diri. Hasilnya, akan berlaku perubahan, namun bukan seperti yang kita sangka. Mungkin perubahan reform akan berlaku, tetapi Islam menjadi korban, seperti di Turki.

Perubahan adalah suatu kemestian. Namun, melaksanakan perubahan ada fiqahnya.

Penyelewengan pemerintah, samada perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan syariah seperti judi dan pelacuran mahupun system percukaian dan lain-lain, wajib ditegur dan diubah oleh rakyat. Orang Islam tidak boleh menjadi penonton sahaja, malah dikehendaki melakukan sesuatu bagi mengubah fenomena ini. Walaupun mengubah dan menegur itu wajib, namun ia mesti dilakukan tanpa menimbulkan kemudharatan yang lebih besar.

Dalam erti kata lain, apabila rakyat mengharapkan perubahan, maka rakyat harus tahu dan jelas perubahan yang bakal berlaku. Sekiranya pimpinan sedia ada perlu diubah, maka rakyat harus meneliti siapakah dan sistem apakah yang akan bangkit menggantikan pemimpin terdahulu. Jangan kerana terpersona dengan slogan-slogan populis seperti yang dilaungkan oleh Mustafa Kamal Attaturk, rakyat memilih pemimpin tanpa meneliti pilihan-pilihan yang ada.

Islam menggariskan bahawa seorang Ketua Negara perlu mengetahui ilmu-ilmu agama yang menjadi penawar kepada Umat Manusia. Mereka harus mendalami ilmu fiqh dan segala asas dan kaedah berkaitan dengannya. Kalau tidak pun menjadi mujtahid, sekurang-kurangnya boleh memilih pendapat ulama’ yang sesuai. Bahkan, mereka juga dikehendaki mengetahui ilmu-ilmu semasa yang bertindak sebagai rujukan kepada mereka.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Abdullah bin Amru bin Al-As:

Sesungguhnya Allah swt tidak menyampaikan ilmu dengan cara sekaligus daripada para hambaNya, tetapi menyampaikannya dengan cara mematikan Ulama, sehingga tidak ada lagi seorang alim, di kala itu orang ramai akan mengangkat pemimpin-pemimpin yang jahil. Lalu pemimpin itu ditanya tentang sesuatu isu, lalu mereka memberi fatwa tanpa berdasarkan kepada ilmu. Dengan itu, mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain.

Malangnya, trend zaman ini, rakyat lebih gemar memilih pemimpin yang mengamalkan populisma dengan slogan-slogan mempersona berbanding pemimpin yang berakhlak dan berilmu. Kita hanya boleh berharap rakyat mengubah berdasarkan fiqah dan memilih pemimpin sebagaimana digariskan oleh Islam.

Rujukan:

Attaturk, Populism and Democracy – Dankwart A. Rustow, Prof. Dr.

Isu Fiqh Halal Dan Haram Semasa – Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari, Dr.

Fiqh Siyasah – Yusuf Al Qardhawi, Syeikh Dr.

Author: Mohd Prasad Hanif

Mohd Prasad offers Business and Leadership Coaching, Training and Consultation for small, medium and large enterprises. Certified as one of the Best Coaches by Centre for Entrepreneur Development and Research, Malaysia, Mohd Prasad brings to the table over 6 years over 50 companies with many obtaining 4 star rating by SME Corp of Malaysia. He provides business coaching and development in the areas of Strategic Management, Finance Management, Leadership, Sales and Marketing and Talent Development. He is also the Program Manager for the Bumiputera Vendor Development Program Batch 1 and Batch 2 comprising of 40 bumiputera companies. Mohd Prasad combines the unique experience of an engineer and his experience as a business owner and entrepreneur to formulate Business Engineering Formulas to troubleshoot problem areas to focus in the business.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s