Islam dan Politik

religionpolitics__432x324

Pada zaman ini, ramai dikalangan umat yang mempersoalkan ulama’ yang membentangkan perihal soal politik dan beragama.

Maka dipersembahkan di sini petikan-petikan orientalis bagi sesiapa yang tidak berpuas hati berkenaan Islam dan Politik kecuali dengan pendapat orang Barat. Semoga ungkapan-ungkapan ini dapat merungkai segala kekusutan yang melanda mereka:

Dr. V. Fitzgerald
Islam itu bukan sekadar agama, tetapi ia juga merupakan satu sistem politik. Meskipun pada dekad terakhir ini muncul sekelompok orang Islam yang mengaku berfikiran moden dan berusaha untuk memisahkan kedua-dua unsur ini (agama dan politik), namun kedua-dua unsur tersebut telah terbina secara kukuh dan tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. (La Muhammedan, ch, I.P.)

Professor C.A. Nallino
Muhammad telah berjaya mengasaskan agama dan negara dalam satu masa yang sama. Kedua-dua unsur tersebut sentiasa berdampinngan secara harmoni dalam kehidupannya. (Arnold, Thomas, The Caliphate, hal. 198, Oxford, 1924)

Dr. Schacht
Oleh kerana Islam itu buklan hanya sekadar agama, maka ia juga mengandungi teori-teori hukum dan politik. Penggabungan antara agama dan negara menjadikan Islam sebagai satu sistem sempurna. (Encyclopaedia of Social Sciences, vol VIII, hal. 333)

Professor R. Strothmann
Islam itu merupakan satu fenomena agama dan politik. Sebab pengasasnya ialah seorang nabi. Tetapi pada masa yang sama, baginda juga merupakan seorang pakar politik yang bijaksana dan seorang negarawan yang handal. (The Encyclopaedia of Islam, vol. IV, hal. 350)

Professor D.B. McDonald
Di bandar Madinah inilah bermulanya satu pemerintahan Islam yang pertama yang berjaya mengasaskan prinsip-prinsip asas perundangan Islam. (Development of Muslim Theology; Jurisprudence and Constitutional Theory, New York, hal. 67)

Sir Thomas Arnold
Nabi Muhammad s.a.w. ialah seorang Nabi dan pada masa yang sama baginda juga seorang ketua agama dan ketua negara. (Arnold, Thomas, The Caliphate, hal. 30, Oxford, 1924)

Professor Gibb
Islam bukan sekadar keyakinan-keyakinan agam secara individu, tetapi Islam menuntut berdirinya satu masyarakat merdeka yang memiliki sistem pemerintahan, penataan hukum dan perundangan yang tersendiri. (Muhammedanism, hal. 3, 1949)

Author: Mohd Prasad Hanif

Mohd Prasad offers Business and Leadership Coaching, Training and Consultation for small, medium and large enterprises. Certified as one of the Best Coaches by Centre for Entrepreneur Development and Research, Malaysia, Mohd Prasad brings to the table over 6 years over 50 companies with many obtaining 4 star rating by SME Corp of Malaysia. He provides business coaching and development in the areas of Strategic Management, Finance Management, Leadership, Sales and Marketing and Talent Development. He is also the Program Manager for the Bumiputera Vendor Development Program Batch 1 and Batch 2 comprising of 40 bumiputera companies. Mohd Prasad combines the unique experience of an engineer and his experience as a business owner and entrepreneur to formulate Business Engineering Formulas to troubleshoot problem areas to focus in the business.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s