Pembangunan Modal Insan Siri 5

Dalam memahami aspek pembangunan modal insan di dalam Islam, amat penting untuk kita memahami aqidah dan iman. Secara khusus dari segi terminologi, pengertian aqidah boleh dirumuskan dalam ungkapan definisi berikut:

“Himpunan pernyataan-pernyataan benar yang bersifat badihi (terbukti kebenarannya tanpa perlu dibuktikan), diterima kebenarannya menerusi penggunaan akal yang waras, didengar daripada sumber wahyu dan diterima secara semulajadi oleh manusia; manusia kemudiannya menyimpulkan secara kemas di dalam hatinya, disemat secara kemas dalam jiwa raganya dalam keadaan ia memutuskan secara jazam (pasti) kesahihannya, menerima secara putus kewujudan dan penyabitannya; dia tidak berpandangan bahawa yang sebaliknya adalah sahih ataupun wujud.” – petikan dari kitab Al-Aqidah wa al-Suluk wa al-Infisam Baynahuma (Aqidah Al-Mu’min).

Sayyid Sabiq, di dalam kitabnya bertajuk “Al-Aqa’id Al-Islamiyyah”, menghuraikan pengertian aqidah atau keimanan ini berdasarkan kepercayaan terhadap enam perkara berikut:

  1. Makrifat kepada Allah swt: iaitu mengetahui Allah swt dengan mengenal nama-namaNya yang mulia, sifat-sifatNya yang tinggi. Mengenal juga bukti-bukti kewujudanNya dan kenyataan sifat keagunganNya di alam semesta dan di dunia ini.
  2. Makrifat kepada alam yang ada disebalik alam yang nyata ini iaitu alam yang tidak dapat dilihat, serta kekuatan kebaikan yang terdapat di dalamnya iaitu malaikat. Selain mengenal kekuatan kejahatan iaitu Iblis dan para tenteranya yang terdiri daripada syaitan. Di samping itu, mengenal makhluk lain seperti jin dan roh yang wujud di alam ini.
  3. Makrifat dengan kitab-kitab Allah swt yang diturunkan sebagai batas untuk mengetahui yang haq dan batil, kebaikan dan kejahatan. halal dan haram serta baik dan buruk.
  4. Makrifat dengan para Nabi Allah swt dan rasul-rasulNya yang dipilih sebagai pembimbing hidayah, juga sebagai pemimpin seluruh makhluk ke arah haq.
  5. Makrifat kepada hari akhirat dan peristiwa-peristiwa seperti kebangkitan dari kubur, balasan pahala dan seksaan serta syurga dan neraka.
  6. Makrifat kepada takdir atas segala peraturan di alam ini sama ada dalam penciptaan atau aturan Allah swt

Berdasarkan keterangan diatas, dapat dirumuskan bahawa pengertian aqidah menunjukkan kepada keyakinan yang mantap dan kukuh terhadap rukun iman yang enam, sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis berikut yang bermaksud:

Jibril bertanya: Khabarkan kepadaku tentang Iman. Baginda bersabda: Beriman kepada Allah swt dan para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari akhirat dan beriman kepada qadarNya yang baik dan yang buruk. Jibril berkata: Kamu benar.

Pengertian akidah ini akan membantu kita dalam memahami konsep pembangunan modal insan yang akan dibincangkan di dalam siri-siri seterusnya.

Author: Mohd Prasad Hanif

Mohd Prasad offers Business and Leadership Coaching, Training and Consultation for small, medium and large enterprises. Certified as one of the Best Coaches by Centre for Entrepreneur Development and Research, Malaysia, Mohd Prasad brings to the table over 6 years over 50 companies with many obtaining 4 star rating by SME Corp of Malaysia. He provides business coaching and development in the areas of Strategic Management, Finance Management, Leadership, Sales and Marketing and Talent Development. He is also the Program Manager for the Bumiputera Vendor Development Program Batch 1 and Batch 2 comprising of 40 bumiputera companies. Mohd Prasad combines the unique experience of an engineer and his experience as a business owner and entrepreneur to formulate Business Engineering Formulas to troubleshoot problem areas to focus in the business.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s