MOHD PRASAD

Ubah Minda Dahulu

Ubah Minda Dahulu

Saya sering dijemput untuk menjadi konsultan kepada syarikat yang besar dan kecil untuk menyampaikan pelbagai ilmu. Dan acapkali, mereka yang diminta hadir itu sama sekali tidak bersedia untuk mengaplikasikan ilmu. Peserta, usahawan, pegawai atau staf syarikat, biasanya terpaksa hadir kerana arahan dari pihak atasan, samada syarikat atau agensi.

 

Kerana itu, saya akan sentiasa memulakan program saya dengan aktiviti yang mampu memecahkan tembok egois dan dinding minda yang terhalang. Aktiviti yang saya namakan Break The Barrier akan memecahkan persepsi peserta terhadap diri mereka sendiri. Ia membuka ruang untuk menilai diri sendiri dan muhasabah diri sendiri.

Aktiviti Break The Barrier

Hanya apabila minda itu terbuka dan bersedia, barulah ilmu yang akan diturunkan mampu memberi manfaat kepada peserta. Saya beranggapan bahawa setiap detik pserta bersama dengan saya harus bermanfaat dan kerana itu, saya akan laksanakan aktiviti yang mampu membuka ruang tersebut.

SHARE THIS POST

Facebook
Twitter
LinkedIn