Pada suatu ketika, salah seorang sahabat Saidina Umar r.a. mendengarnya mengeluh tentang masalah penduduk Koofah dengan gabenor mereka lalu Saidina Umar r.a. berkata: “Seandainya saya dapat mencari seorang lelaki Muslim yang kuat dan boleh dipercayai untuk dilantik sebagai gabenor di atas mereka.” Orang itu berkata, “Demi Allah, aku akan memberitahumu tentang hal itu iaitu Abdullah bin `Umar.” Umar berkata, “Semoga Allah membunuhmu! Anda tidak mengatakannya demi Allah. ” Sambung Saidina Umar r.a., “Barangsiapa yang melantik seorang lelaki karena persahabatan atau pertalian darah, dan tanpa alasan lain, telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya.”
Saidina Umar r.a. amat teliti dan tidak melantik di kalangan kerabatnya ke jawatan-jawatan penting, walaupun ada di antara mereka yang berkelayakan dan telah masuk Islam lebih awal, seperti sepupunya dari ayahnya Sa’eed ibn Zayd dan anaknya `Abdullah bin` Umar. Walaupun Islam telah berkembang sehingga ke membentuk sebuah kerajaan, namun prinsip tidak berubah. Inilah dinamakan integriti.
Kualiti apa yang paling berharga di kalangan pemimpin dalam politik, Perniagaan ataupun pergerakan sosial? Secara umumnya, integrity adalah kepatuhan pada sekumpulan nilai yang merangkumi kejujuran dan kebebasan dari penipuan. Tetapi integrity adalah jauh lebih besar daripada kejujuran. Ia bermaksud melakukan perkara yang betul tanpa mengira keadaan atau kesulitan kepada pemimpin atau organisasi.
Dalam kehidupan kita kebelakangan ini, kita melihat sebilangan pemimpin yang tidak memegang jawatan tetapi bangkit mempertahankan pelbagai isu rakyat walaupun ia jelas bertentangan dengan prinsip Undang-Undang. Kita lihat pemimpin yang membangkitkan sentiment dari tempat ibadat yang dibina di tanah kerajaan secara haram kepada durian yang di tanam secara haram di tanah kerajaan.
Namun, kita lihat, apabila pemimpin tersebut dikurniakan kuasa, mereka secara tersendiri memihak kepada perundangan dan sistem keadilan yang sedia ada. Adakah mereka jujur? Ya, kerana mereka tidak mengambil rasuah, mahupun merupakan koruptor. Namun, adakah mereka berintegriti? Tidak, kerana apabila situasi berubah prinsip asas iaitu mematuhi Undang-Undang negara juga turut berubah. Yang asalnya dikatakan rakyat tertindas akibat undang-undang, akhirnya memihak kepada sistem perundangan tersebut.
Seorang pemimpin yang berintegriti mempunyai set nilai dan etika yang tidak berubah-ubah. Sebagai contoh diatas, akur kepada perundangan negara merupakan salah satu etika atau nilai integrity yang juga termaktub dalam rukun negara sebagai rukun ke-empat iaitu Kedaulatan Undang-Undang. Samada pemimpin itu memegang jawatan dalam kerajaan atau tidak, prinsip kedaulatan undang-undang itu tidak berubah. Malahan, pemimpin berintegriti tidak akan menggunapakai sentimen dalam kepimpinan.
Sebagai contoh, Saidina Umar r.a. pernah menyarankan kepada Saidina Abu Bakar agar melucutkan jawatan Saidina Khalid Al Walid r.a. diatas sebab-sebab tertentu. Saidina Abu Bakar tidak melucutkan jawatan Saidina Khalid Al Walid r.a. Walaupun, Saidina Khalid mempunyai pengaruh yang kuat, “deliver results”, memenangi peperangan, dan juga merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. yang tersohor, Saidina Umar r.a. tetap melucutkan jawatan Saidina Khalid di atas sebab-sebab yang sama ketika beliau menjadi Khalifah. Beliau berkata, “Tidak layak ke atas aku sekiranya aku sendiri tidak berbuat apa yang telah aku nasihatkan kepada Saidina Abu Bakar r.a.” Inilah contoh situasi bertukar, prinsip tetap sama dan sentiment tidak memainkan peranan.
Pusat Kepemimpinan Kreatif di Greensboro, Utara Carolina, telah melaksanakan sebuah kajian inovatif untuk mengenal pasti sifat atau tingkah laku yang berkaitan dengan kejayaan atau kegagalan pemimpin pengurusan tertinggi sesebuah organisasi. Satu perbezaan utama yang mereka dapati adalah bahawa pemimpin yang sangat berjaya menunjukkan integriti yang kuat. Pemimpin yang gagal jauh lebih cenderung untuk memajukan kerjaya mereka sendiri dengan mengorbankan yang lain. Mereka lebih cenderung mengkhianati kepercayaan atau melanggar janji. Contoh yang diberikan dalam kajian ini adalah Eksekutif yang tidak melaksanakan keputusan seperti yang dijanjikan. Ini menimbulkan konflik dan mempengaruhi empat tahap eksekutif yang kecewa di bawahnya.
Maka, integrity merupakan salah satu aspek terbesar dalam kepimpinan pada hari ini. Sekiranya kita melihat kepada “trust deficit” dikalanga rakyat terhadap ahli politik, bukan sekadar kerana mereka korup sahaja, tetapi nilai prinsip dan etika yang berubah-ubah mengikut sentiment semasa yang mengakibatkan banyak janji yang tidak dapat dikotakan.
Kita sebagai rakyat harus lebih peka terhadap pemimpin dan melihat lebih mendalam prinsip dan etika yang mereka pegang.